Home » Restoran » Teknik Tepat Pengiraan Kos Makanan Untuk Restoran dan F&B
pengiraan kos makanan

Teknik Tepat Pengiraan Kos Makanan Untuk Restoran dan F&B

Masalah majoriti restoran dan F&B di Malaysia adalah pengiraan kos makanan yang salah. Masalah ini diburukkan lagi dengan kos makanan yang tinggi dan sukar untuk mengawal kadar kenaikan harga barang mentah di pasaran. 

“Untuk rekod, harga barang mentah di Malaysia naik melebihi 10% sepanjang tahun 2022 dan tiada siapa dapat jangka kenaikan yang akan berlaku untuk tahun 2023.”

Selain cara pengiraan kos makanan yang kurang tepat, banyak restoran dan F&B menghadapi masalah dalaman seperti pembaziran makanan (food waste) dan kecurian dari staf. 

Sebenarnya, ada cara untuk pengiraan kos makanan dalam bisnes F&B dan anda hanya perlu tahu formula dan cara kira kos makanan yang betul sahaja.

Sebelum itu, ketahui dulu dua kesilapan dalam industri F&B dan perubahan pada restoran anda apabila anda gunakan cara kira & formula yang tepat untuk kos makanan. 

Apa Itu Kos Makanan?

pasaraya kos makanan

Dalam bahasa mudah, kos makanan adalah peratus dari jualan yang menentukan jumlah keuntungan dan kerugian. 

Kos makanan restoran atau F&B anda merupakan indikator asas yang menentukan kebolehan untuk capai keuntungan atau sebaliknya. 

Pengurus restoran dan usahawan F&B yang bagus akan sedar yang kos makanan akan bantu mereka :-

  1. Capai margin untung
  2. Semak harga stok makanan 
  3. Tetapkan harga yang tepat pada menu 

Proses mengira kos makanan termasuklah :- 

  1. Mengira kos makanan
  2. Menyediakan PAR Level
  3. Strategi membeli bahan mentah
  4. Semak stok dan inventori bahan makanan

Pengurusan kos makanan lebih penting kerana dengan sistem yang betul, anda mempunyai strategi untuk berdepan dengan inflasi, masalah stok dan cabaran tenaga kerja pasca wabak pandemik ini. 

Baca : Nak Tahu Cara Kira Peratus Dalam Bisnes? Ikut 3 Formula ini

Cara Kira Kos Makanan Untuk Restoran Dan F&B

Buat pengetahuan anda, peratus food cost sebuah F&B ditentukan oleh jumlah kos untuk setiap bahan dan dibahagikan mengikut jualan untuk makanan tersebut. 

Anda boleh rujuk contoh di bawah untuk faham cara kira peratus food cost. 

  • Nama F&B : Ikan Bakar London, Damansara 
  • Inventori Awal Bulan : RM2,000 
  • Belian Inventori Bulanan : RM8,000 
  • Inventori Akhir Bulan : RM3,000
  • Jumlah Jualan : RM24,000 

Rujuk formula di bawah untuk tahu peratus food cost Ikan Bakar London, Damansara untuk bulan itu. 

cara kira kos makanan food cost

Nota : Peratus food cost untuk Ikan Bakar London, Damansara adalah 29.2%.

Inventori sedia ada merujuk kepada stok sedia ada seperti awal minggu yang masih berbaki. 

Belian inventori pula merujuk kepada pembelian stok untuk jam, hari, minggu, bulan atau tahun. 

Baca : Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X

2 Kesilapan Restoran dan F&B Dalam Kira Kos Makanan

Hasil selidik kami mendapati, ada dua kesilapan yang lazimnya dilakukan pengurus restoran dan pemilik F&B dalam kos makanan. 

1. Tengok Stok Secara Manual

Majoriti pengurus restoran & pemilik F&B akan berjalan ke dapur dan melihat jumlah stok bahan yang ada dan bahan yang perlu dibeli. 

Kemudian, mereka akan beli stok bahan yang mereka ‘fikirkan’ tiada, sedangkan bahan tersebut terperuk di bahagian dalam peti sejuk atau diletakkan di tempat yang lain. 

Bergantung kepada gerak hati adalah strategi yang bahaya dalam apa jua perniagaan lebih-lebih lagi restoran. 

Bila anda tersalah dan terlepas beli bahan yang penting, anda terpaksa keluar kos tambahan untuk beli bahan tersebut pada harga lebih mahal. 

Ideanya adalah, jika anda ada sistem pengurusan inventori yang betul, anda mampu :- 

  1. Jimatkan kos (beli bulk-purchase) 
  2. Restock bahan yang tepat untuk F&B

2. Guna Software Inventori Yang Salah

Ada restoran yang membelanjakan RM20,000 – RM50,000 setahun untuk software pengurusan inventori mereka dan memerlukan 30 hari – 45 hari untuk digunakan. 

Dan ada juga F&B yang menggunakan aplikasi software untuk smartphone untuk pengurusan inventori mereka. 

Anda tidak boleh samakan keperluan software inventori setiap restoran kerana lain padang lain belalangnya. 

Apa yang penting, software inventori yang tepat akan bantu anda :- 

  1. Urus stok bahan makanan harian
  2. Beritahu bahan dan jumlah untuk restock 
  3. Pantau turun naik harga bahan di pasaran  
  4. Laporan COGS yang lengkap untuk setiap kategori makanan

Harga software inventori bergantung kepada keperluan dan kehendak sesebuah restoran. 

Semakin kompleks keperluan dan kehendak F&B anda, semakin mahal harganya. Begitu juga sebaliknya. 

Baca : 8 Cara Capai RM100,000 Pertama Dengan Bisnes Makanan Viral

2 Kebaikan Kira Kos Makanan

kebaikan kos makanan

1. Jimatkan Kos Pembelian Stok Makanan

Bila tim operasi mengira stok dan inventori makanan dengan telus dan konsisten, anda tahu secara tepat stok makanan di restoran. 

Maka anda boleh jimatkan kos dengan buat pembelian bahan makanan tertentu untuk berdepan dengan musim perayaan, dan sebagainya dengan lebih murah. 

Sebagai contoh, anda boleh beli stok ayam satu bulan lebih awal berbanding pada musim perayaan dan dapat harga yang lebih murah berbanding peniaga lain. 

2. Restock Bahan Makanan Yang Tepat

Kegagalan tim operasi kebanyakan restoran untuk kira stok inventori makanan di dapur dengan tepat menyebabkan restoran mempunyai lebihan stok makanan yang akhirnya menjadi food waste. 

Food waste dari dapur perlu dikurangkan sebaik mungkin kerana ada risiko bahan tersebut tidak sempat digunakan ekoran tarikh luput atau rosak dan sebagainya. 

Baca : 8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp

Kesimpulannya, dengan pengiraan kos makanan yang betul dapat meningkatkan margin untung bisnes F&B dengan syarat tim operasi menjalankan prsoes stock take dengan telus, efisien dan restoran perlu gunakan software restoran yang tepat untuk urus operasi harian restoran bermula dari kaunter sehingga ke dapur.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *