Home » Jualan » Nak Tahu Cara Kira Peratus Dalam Bisnes? Ikut 3 Formula ini
cara kira peratus bisnes

Nak Tahu Cara Kira Peratus Dalam Bisnes? Ikut 3 Formula ini

Bisnes melibatkan banyak angka dan pengiraan yang kompleks, renyah dan rumit. Cara kira peratus penting untuk tahu prestasi kewangan syarikat anda. 

Tahukah anda, prestasi jualan syarikat menentukan untung rugi dalam bisnes. 

Data matematik asas seperti formula kira peratus penting untuk anda tahu cara kira peratus keuntungan. Selain itu, penting untuk anda tahu cara kira peratus diskaun dan cara kira peratus gaji pekerja anda. 

Majoriti bisnes tersilap dalam kira-kira kerana, tak tahu cara kira peratus. Kesannya, ini menjejaskan kewangan syarikat dalam skop holistik dalam tempoh panjang. 

Oleh itu, fahami cara kira peratus yang betul dengan tiga formula yang dikongsikan dalam artikel ini untuk bisnes anda. 

Apa Itu Peratus Dalam Perniagaan?

Dalam disiplin matematik, peratus adalah nombor atau nisbah yang diperolehi melalui pecahan dari angka 100.

Cara untuk dapatkan peratus adalah dengan membahagikan nombor secara keseluruhan dan didarabkan dengan angka 100. 

Peratus itu nanti bermaksud bahagian daripada jumlah keseluruhan angka. Dan nombor ini dinisbahkan dengan menggunakan simbol peratus %. 

Cara Kira Peratus Yang Betul 

Peratus adalah jumlah yang dinyatakan seolah-olah ia adalah sebahagian dari jumlah peratus itu. 

Peratusan pada asasnya, bermaksud daripada 100. Ikut senarion di bawah untuk faham cara kira peratus yang betul. 

Anda jual produk pada harga RM74.50 dan RM25 adalah untung untuk produk itu. Cara kira adalah, RM25 ÷ RM74.50 x 100% : 33.55%

Maka peratus keuntungan untuk satu produk itu adalah 33.55%. 

Baca : 1/3 Usahawan Tak Tahu Maksud & Cara Kira Margin Keuntungan

2 Formula Kira Peratus Dalam Bisnes 

cara kira peratus
Kredit : Geeks For Geeks

Ada dua jenis formula kira peratus dalam bisnes. Asasnya, anda perlu faham pecahan di bawah terlebih dahulu :- 

 

  • 10% adalah 10/100 atau 1/10 dalam nombor
  • 20% adalah 20/100 atau 1/5 dalam nombor 
  • 30% adalah 30/100 atau 3/10 dalam nombor 
  • 40% adalah 40/100 atau 2/5 dalam nombor 
  • 50% adalah 50/100 atau 1/2 dalam nombor 
  1. Formula pertama adalah :- 

Nombor / Dari : 100%

  1. Formula kedua adalah :- 

Sebahagian Nombor / Jumlah Nombor : 100% 

Baca : 3 Formula Sebenar Untuk Kira Untung Rugi & Bersih Bisnes Anda

Cara Kira Peratus Dalam Jualan Bisnes 

Untuk kira peratus dalam jualan bisnes, gunakan formula di bawah. 

  1. Kira untung kasar (jumlah jualan – kos)
  2. Bahagi untung kasar dengan jumlah jualan
  3. Darabkan dengan 100 untuk dapat peratus

Contoh :- 

  • Jumlah jualan : RM450,000
  • Kos : RM87,000 
  • RM450,000 – RM87,000 : RM363,000 
  • RM363,000 ÷ RM450,000 : 0.806
  • 0.806 X 100 : 80.6%

Cara Kira Peratus Gaji Pekerja Syarikat 

Jika anda ingin kira jumlah gaji pekerja syarikat anda, sila gunakan formula di bawah. 

  • Gaji bulanan : RM1,800 
  • Hari bekerja : 26 hari 
  • Jam kerja : 8 jam 

RM1,800 / 26 : 69.23

Gaji sehari : RM69.23

RM69.23 / 8 jam 

Gaji sejam : RM8.65 

Cara Kira Peratus Overtime Pekerja Syarikat 

  • Gaji sejam : RM8.65 
  • Jumlah jam OT : 10 jam 
  • Kadar OT : 1.5

RM8.65 X 10 jam X 1.5 

Gaji OT : RM129.75 

Natijahnya, sebanyak mana atau sedikit manapun jualan yang anda buat setiap bulan, anda perlu tahu cara kira peratus yang betul. 

Bila anda tahu formula dan cara kira peratus keuntungan yang betul, jangan lupa untuk gunakan dalam Spreadsheet atau Excel. 

Jangan lupa ajarkan formula ini pada business partner atau staf anda supaya semua orang dalam syarikat dapat angka yang betul!

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *