Home » Restoran » 3 Cara Kurangkan Pembaziran Makanan (Food Waste) Restoran
pembaziran makanan

3 Cara Kurangkan Pembaziran Makanan (Food Waste) Restoran

Malaysia tersenarai sebagai negara yang kaya dengan budaya masakan dan hidangan yang menarik. Malangnya, trend pembaziran di Malaysia turut meningkat saban tahun dan masalah ini kian merisaukan. 

Trend rakyat Malaysia yang jadikan makanan sebagai aktiviti utama merapatkan hubungan di antara keluarga dan teman menyebabkan bisnes F&B sentiasa menjadi perniagaan yang menarik untuk diceburi. 

“Tahukah anda, kadar pembaziran makanan (food waste) di Malaysia dikatakan paling teruk di peringkat Asia Tenggara.”

Dari sudut pandang bisnes, ada cara untuk anda sukat dan kira pembaziran makanan. Berita baiknya adalah, dengan teknik dan formula yang betul dalam food cost, anda boleh kurangkan pembaziran makanan.

Baca : Teknik Tepat Pengiraan Kos Makanan Untuk Restoran dan F&B

Jika anda seorang pengurus restoran atau pemilik F&B, anda perlu tahu punca pembaziran makanan dan cara kurangkan pembaziran makanan dengan betul. 

Dengan cara ini, anda dapat kesan kerugian dalam bisnes seawal mungkin dan tahu detail dan teknik untuk minimakan COGS makanan. 

Apa Itu Pembaziran Makanan? 

pembaziran makanan di bulan puasa
Kredit : Utusan Online

Untuk info, pembaziran makanan merujuk kepada makanan yang sesuai dan boleh dimakan oleh pengguna, tetapi dibuang secara sengaja dan tidak sengaja oleh pengguna atas pelbagai faktor. 

Makanan yang masih ada nutrisi dan boleh dimakan sebelum tarikh luput sepatutnya digunakan secara efektif sebagai sumber nutrien dan tenaga manusia.

Pembaziran Makanan di Restoran 

Berdasarkan kajian dari Green Blue Organization, setiap 200gram makanan pada satu pinggan di restoran akan dibuang samada dari pelanggan atau dapur restoran.

Di Amerika Syarikat sahaja, dianggarkan industri restoran dan perhotelan rugi USD $162 billion kerana pembaziran makanan dan angka ini sebenarnya merisaukan memandangkan terdapat 9 juta manusia yang mati kebuluran di seluruh dunia untuk tahun 2021 sahaja!

Jenis Pembaziran Makanan di Restoran 

pembaziran makanan

Buat pengetahuan anda, terdapat tiga jenis pembaziran makanan yang berlaku di restoran dan ketiga-tiga ini menjadi penyumbang utama kepada jumlah pembaziran makanan di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

a. Kitchen Food Waste (KFW)

Merupakan pembaziran makanan akibat kecuaian staf di dapur dalam menguruskan resepi dan hidangan makanan berdasarkan Recipe Book / Food Menu. 

b. Customer Food Waste (CFW)

Merupakan pembaziran makanan akibat lebihan makanan atau makanan yang tidak diperlukan/diingini oleh pelanggan yang makan di restoran.

c. Buffet Leftover Waste (BLW)

Merupakan pembaziran makanan akibat lebihan makanan dan salah kira kuantiti penyediaan makanan untuk pesta dan buffet oleh staf di dapur dan pengurus restoran. 

Baca : Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online

4 Punca Pembaziran Makanan di Restoran 

Sedar tak sedar, rupanya ada 4 punca utama kenapa kuantiti pembaziran makanan di restoran kian meningkat. Ini puncanya. 

1. Informasi Kurang Tepat

Lazimnya, pengurus restoran akan berbincang dengan chef atau staf di dapur untuk penyediaan bahan makanan berdasarkan menu. Jika informasi diberikan kurang tepat, ini menyebabkan bisnes menanggung kerugian dari sudut pembaziran makanan dan jualan. 

2. Tak Semak Tarikh Luput 

Acap kali isu ini terjadi kerana wujud pekerja yang tidak telus dan culas saat buat semakan stok di dapur. Sewajarnya, semakan stok di dapur tidak dilakukan secara manual 100%. Pengurus restoran atau pemilik F&B perlu gunakan software yang betul untuk pantau tarikh luput stok makanan. 

3. Hidangan Terlalu Banyak 

Ada restoran yang cuba membuat kelainan dengan memberi nilai tambah sebagai usaha menarik lebih ramai pelanggan. Caranya adalah dengan memberikan hidangan yang terlalu banyak dalam satu pinggan.

4. Bahan Tidak Sesuai Dengan Hidangan 

Ada bahan makanan yang sesuai di benua dan budaya masyarakat lain, kurang sesuai dengan selera dan tekak warga tempatan. Bahan yang dimasukkan yang lazimnya mahal tetapi tidak dijamah pelanggan hanya menjurus kepada pembaziran makanan.

Statistik Pembaziran Makanan di Malaysia

pembaziran makanan

Data terkini dari Berita Harian menunjukkan, 38,000 tan sisa pepejal dibuang rakyat Malaysia setiap hari. 44.5% atau 17,000 tan daripadanya adalah sisa makanan. 

24% sisa makanan yang dibuang adalah makanan yang boleh dielakkan seperti lebihan nasi, pasta, daging dan sayur-sayuran. 

“Rakyat Malaysia rugi RM210 setiap bulan kerana pembaziran makanan atau RM2,600 setahun kerana aktivti pembuangan sisa makanan ini.”

Pada tahun 2021 sahaja, 4080 tan makanan dibuang setiap hari yang cukup untuk memberi makan pada 3 juta orang. 

Liputan dari TV3 berkaitan isu pembaziran makanan di Malaysia juga nampaknya sudah mula memasuki fasa yang kronik. Rujuk video di bawah. 

3 Cara Kurangkan Pembaziran Makanan (Food Waste)

pembaziran makanan bulan puasa
Kredit : Astro Awani

Sebenarnya, pembaziran adalah benda yang kita semua sebagai manusia mampu cegah lebih awal. Untuk restoran dan F&B, ini apa anda boleh buat untuk kurangkan pembaziran makanan.

Tawar Bungkus Makanan Pelanggan – Elak makanan terbuang supaya pelanggan boleh makan di rumah atau beri pada orang lain.

Pengurusan Stok & Inventori Restoran – Guna formula food cost & software seperti RestoranOS dari Yezza untuk pantau makanan. 

Atur Semula Menu & Kurangkan Hidangan – Buat Food Audit dan kurangkan kuantiti bahan makanan yang tidak diperlukan hidangan.

Baca : Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X

Kesimpulannya, isu pembaziran makanan di restoran sebenarnya boleh dicegah dengan lebih awal dengan syarat pengurus restoran dan pemilik F&B menggunakan formula food cost dan software restoran yang betul. 

Pelanggan juga akan terbiasa untuk tidak membazirkan makanan sekiranya dididik dengan betul oleh restoran dan masyarakat menerusi kempen-kempen spesifik untuk keselamatan makanan dan pembaziran makanan oleh Kerajaan dan NGO. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *