Home » Klinik » 7 Ciri-Ciri Sistem Janji Temu Klinik Untuk Naikkan Sales (2023)
sistem janji temu klinik

7 Ciri-Ciri Sistem Janji Temu Klinik Untuk Naikkan Sales (2023)

Dalam bisnes klinik, ada pelbagai tips & strategi untuk naikkan sales. Salah satu yang paling popular adalah dengan menggunakan sistem janji temu klinik yang betul dan terkini untuk lebih dapat banyak slot temu janji dengan pesakit setiap hari. 

“Salah satu stigma terbesar dalam bisnes klinik adalah, pemilik klinik percaya mereka perlu buat marketing untuk dapat jualan. Sebenarnya, tidak!”

Mendapatkan pelanggan atau pesakit untuk ke klinik memerlukan kos yang tinggi apatah lagi jika anda gunakan strategi paid advertising seperti Facebook Ads, Google Ads dan Tiktok Ads. 

Dapatkan jualan daripada pesakit sedia ada sebenarnya jauh lebih efektif dan lebih kos efisien berbanding dengan mendapatkan pelanggan baru. 

Tapi, bagaimana pula dengan pesakit yang sudah tidak datang selepas temu janji kedua? Atau pesakit yang pernah menjadi klien anda setahun – dua tahun yang lalu? Bolehkah jadikan mereka pelanggan anda semula. Jawapan ringkasnya adalah, ya. 

Jawapan yang lebih panjang adalah, anda boleh dapatkan semula sekurang-kurangnya 15% pesakit lama yang pernah dapatkan rawatan kesihatan di klinik anda dengan syarat mereka adalah pesakit dalam kategori penyakit kritikal dan ibu mengandung. 

“Dengan sistem janji temu klinik yang betul, anda mampu tambah slot pesakit, kekalkan pesakit lama, kekalkan pesakit sedia ada dan akhir sekali tambah jualan setiap bulan.”

Apa Itu Sistem Janji Temu Klinik? 

Dalam bahasa mudah, sistem janji temu klinik adalah satu sistem yang bantu anda urus semua temu janji yang dibuat pesakit secara online dalam 1 sistem tanpa perlu urus semua proses ini secara manual. 

Dengan sistem janji temu klinik, pesakit mampu membuat tempahan slot secara online samada menerusi aplikasi smartphone atau di website. Majoriti proses ini dilakukan secara automatik dengan interaksi manusia yang minimum. 

Berbeza dengan sistem janji temu klinik yang manual di mana anda perlu gajikan beberapa orang staf untuk urus proses tempahan slot. 

3 Kelebihan Sistem Janji Temu Klinik Anda Perlu Tahu 

Terdapat 3 kelebihan sistem janji temu klinik untuk tempoh jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. 

1. Jangka Pendek – Kurangkan Kos Marketing Klinik 

Majoriti pemilik klinik keluarkan kos marketing yang besar di antara RM6,000 – RM20,000 sebulan untuk dapatkan pesakit baru. Hakikatnya, sistem janji temu klinik yang betul mampu bantu anda buat marketing pada pesakit sedia ada dengan fungsi :- 

  • Follow-up 
  • Re-appointment 

2. Jangka Sederhana – Tambah Margin Untung Klinik 

Sistem janji temu klinik yang bagus mampu memberikan anda data dan statistik tentang sejarah pesakit dan slot kekosongan yang ada untuk capai sasaran jualan bulan/tahunan.

Maka, anda boleh tawarkan diskaun pada pesakit sedia ada untuk penuhkan slot setiap hari supaya margin untung klinik anda lebih tebal. 

3. Jangka Panjang – Kembangkan Cawangan Klinik 

Membuka rangkaian cawangan klinik memerlukan anda mempunyai sistem kerja dan software yang betul untuk urus klinik dengan efisien. 

Jika sistem janji temu klinik yang anda gunakan terbukti melajukan proses operasi harian klinik, anda mampu buka cawangan baru di lokasi strategik supaya lebih ramai pesakit mampu dapatkan perkhidmatan kesihatan di klinik anda. 

Bagaimana Sistem Janji Temu Klinik Berfungsi?

sistem janji temu klinik
Kredit : The Malaysian Insights

Dalam proses mencari sistem janji temu klinik yang betul, anda perlu pastikan yang sistem atau software tersebut mempunyai kesemua 4 fungsi ini. 

1. Selaraskan Janji Temu Setiap Hari 

Rata-rata klinik yang menggunakan sistem yang salah gagal selaraskan janji temu setiap hari. ini menyebabkan ada hari di mana klinik menjadi sunyi dan ada hari klinik menjadi terlalu sibuk. 

Apabila semua janji temu diselaraskan, slot akan penuh setiap hari dan klinik mampu capai lebih keuntungan pada hari itu. 

Caranya adalah dengan menawarkan pertukaran slot pada hari yang penuh kepada hari yang kurang penuh. 

2. Urus Janji Temu Dalam 1 Sistem 

Majoriti klinik menggunakan dua-tiga sistem yang berbeza untuk mengurus janji temu pesakit mereka. Ini belum lagi termasuk dengan temu janji yang dibuat di media sosial. 

Amalan ini sebenarnya tidak efisien dan sewajarnya pemilik klinik menyediakan sistem yang bagus untuk staf mengurus janji temu supaya produktiviti staf meningkat dan closing rate capai minima 70% setiap hari. 

Caranya adalah dengan menggunakan sistem janji temu berpusat yang mengawal kemasukan tempahan, pengurusan tempahan, database pesakit dan detail pesakit dalam 1 sistem.

3. Susun Segmen Pesakit Mengikut Jenis 

Ramai pemilik klinik berbangga dengan jumlah database pesakit yang mereka ada tetapi tidak tahu cara menggunakan database tersebut. 

Dengan sistem janji temu klinik yang betul, database sedia ada boleh digunakan untuk jana 4X pendapatan dengan tawarkan promosi dan kempen yang tepat mengikut jenis pesakit dan jenis yang anda boleh tetapkan. 

4. Penuhkan Slot Dengan Fungsi Peringatan 

8 dari 10 klinik swasta gagal penuhkan slot harian dan menyebabkan mereka rugi sekurang-kurangnya RM100 – RM200 satu slot. Bayangkan jika sehari, anda hilang 2 slot, anda akan hilang RM6,000 – RM12,000 sebulan. 

Sistem janji temu klinik yang bagus mempunyai fungsi peringatan kepada pesakit sedia agar mereka tidak terlepas janji temu dan pesakit juga mampu menukar tarikh menerusi sistem yang anda gunakan.

Baca : 3 Punca Sistem Pengurusan Pesakit Klinik Anda Gagal (Edisi 2023)

3 Masalah Dalam Sistem Janji Temu Klinik di Malaysia 

sistem janji temu klinik
Kredit : Kosmo Online

Untuk rekod, ada lebih daripada 10 masalah dalam sistem janji temu klinik sedia ada di Malaysia. Akan tetapi, kami kongsikan 3 masalah terbesar yang dihadapi klinik-klinik di Malaysia setiap hari.

1. Janji Temu Diuruskan Manual 

Staf yang terpaksa menguruskan janji temu secara manual akan mengalami masalah produktiviti dan kadar penggantian kakitangan akan menjadi tinggi. 

Sewajarnya, anda automasikan proses yang manual supaya staff mampu fokus pada aktiviti yang lebih mendatangkan duit setiap hari.

2. Database Tidak Digunakan Untuk Kempen & Promosi 

Tak kira jika database anda ada 100 atau 10,000, semua itu tidak akan berguna jika database itu tidak mendatangkan apa-apa sales pada klinik anda. 

Jadi, apa yang perlu anda buat hari ini adalah, mula segmenkan database mengikut jenis, penyakit, kemampuan kewangan dan keperluan khidmat nasihat kesihatan supaya mereka kembali ke klinik anda dan anda dapat sales. 

Ciri-Ciri Sistem Janji Temu Klinik Untuk Naikkan Sales 

Berdasarkan kajian, fungsi yang perlu ada pada sistem janji temu klinik yang terbukti mampu mendatangkan sales pada klinik adalah :-

  1. Follow Up 
  2. Temu Janji Semula 
  3. Temu Janji Selesai 
  4. Penjadualan Semula 
  5. Peringatan Temu Janji 
  6. Tempahan Temu Janji 
  7. Susunan Segmen Database

Sistem Janji Temu Klinik Terbaik di Malaysia 

Clinic OS dari Yezza 

ClinicOS dari Yezza merupakan sebuah sistem operasi klinik yang membantu pemilik klinik untuk tingkatkan keuntungan dan jimatkan masa mengurus temu janji klinik. 

ClinicOS merangkumi pengurusan temu janji, pengurusan pesakit dan pengurusan inventori. Berikut merupakan jenis klinik yang sesuai menggunakan ClinicOS dari Yezza :- 

  • Klinik GP 
  • Klinik Pakar 
  • Klinik Estetik 
  • Klinik Pergigian
  • Klinik Perkongsian
  • Klinik Kesihatan Mental 

Dalam konteks pengurusan janji temu klinik, urusan manual dalam tempahan slot seperti call & WhatsApp yang menjadi punca terlebih tempahan boleh dielakkan. 

Proses manual dalam mengingatkan pesakit tentang temu janji, terlepas temujanji, meminta maklum balas dan review juga boleh diselesaikan dalam sistem ClinicOS. 

ClinicOS dibangunkan oleh Yezza bagi memenuhi keperluan semasa industri klinik di Malaysia yang menghadapi proses pengurusan temu janji supaya usahawan klinik mampu lajukan proses tempahan temu janji dan sekaligus meningkatkan sales klinik mereka. 

Anda boleh cuba ClinicOS secara percuma di sini. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *