Home » Bisnes » 5 Sebab Ini Jadikan Perniagaan Anda Berjaya Kurang 3 Tahun
sebab perniagaan akan berjaya yezza 0

5 Sebab Ini Jadikan Perniagaan Anda Berjaya Kurang 3 Tahun

Formula dan tips untuk berjaya dalam perniagaan sangat bergantung pada jenis perniagaan dan berbeza untuk setiap niche, industri dan zaman. Sebab perniagaan akan berjaya pula kerana perniangaan itu menjual produk yang menyelesaikan masalah masyarakat. 

Lebih besar masalah yang diselesaikan sebuah perniagaan, lebih besar kejayaan yang dicapai. Perniagaan seperti ini tidak akan dibenarkan gagal atau gulung tikat oleh masyarakat dan kerajaan. 

Untuk info, ada beberapa persamaan terhadap semua jenis perniagaan yang berjaya. Malangnya, tak ramai usahawan yang tahu sebab perniagaan akan berjaya. 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan sebab sebab kenapa perniagaan gagal, sebab perniagaan berjaya dan tips untuk berjaya dalam perniagaan. 

 

Apa Itu Perniagaan?

perniagaan warung

Perniagaan adalah satu aktiviti menjana wang dengan menghasilkan atau menjual produk atau servis. Apa sahaja aktiviti perniagaan yang menjurus kepada keuntungan dikira sebagai perniagaan. 

Dalam konteks syarikat, perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi sah yang menawarkan apa-apa produk dan perkhidmatan kepada individu atau golongan.

Jualan adalah nyawa sebuah perniagaan dan aktiviti menjual adalah nadi utama dalam memastikan sebuah perniagaan itu terus hidup dan kekal relevan dalam pasaran. 

Baca : 9+ Jenis Perniagaan & Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia

 

10 Sebab Kenapa Perniagaan Gagal 

sebab perniagaan gagal

Mengikut data dari NAV, 45% perniagaan gagal dalam masa lima tahun pertama perniagaan. Ini sebab kenapa perniagaan gagal. 

  1. Beroperasi tanpa visi yang jelas 
  2. Menggajikan pekerja yang salah 
  3. Kurang/tiada komunikasi di antara pekerja 
  4. Usahawan yang tidak fokus pada perniagaan 
  5. Tiada budaya positif yang menggerakkan syarikat
  6. Gagal pasarkan produk pada pelanggan yang betul 
  7. Tidak memahami konsep dan kepentingan menjana wang
  8. Pengurusan kewangan yang lemah dan tiada cash reserve 
  9. Tiada pelan perniagaan yang lengkap untuk dijadikan panutan
  10. Gagal beradaptasi dengan perubahan trend, polisi & kehendak pasaran

5 Sebab Perniagaan Akan Berjaya 

sebab perniagaan berjaya

Berikut merupakan kompilasi lima sebab perniagaan akan berjaya hasil kajian penulis dalam spektrum perniagaan di Malaysia. 

1. Visi & Misi Perniagaan Yang Jelas 

Visi adalah pelan atau impian jangka panjang yang ingin dicapai oleh usahawan sebagai pemimpin perniagaan. 

Misi adalah pelan jangka pendek yang perlu diambil untuk mencapai visi tersebut. 

Visi dan misi penting supaya usahawan dan pekerja mempunyai objektif yang sama demi memastikan objektif perniagaan tercapa. 

Visi & misi perniagaan perlu dicipta dengan tepat dan diajar pada semua pekerja agar mereka tahu hala tuju jangka pendek dan jangka panjang perniagaan.

2. Budaya Bekerja Yang Bagus 

Definisi budaya kerja yang bagus adalah apabila sebuah perniagaan mempunyai budaya positif yang wujud di kalangan pihak atasan dan golongan pekerja dalam memastikan produktiviti dan objektif perniagaan tercapai. 

Budaya kerja yang bagus mempengaruhi produktiviti harian pekerja dan mempengaruhi kelestarian perniagaan untuk jangka masa panjang. 

Contoh budaya kerja yang bagus adalah :- 

  • Majikan menghantar pekerja berkursus 
  • Aktiviti outdoor yang menggalakkan kerjasama & komunikasi 
  • Amalan telus diamalkan pihak atasan terhadap golongan pekerja 
  • Kurang birokrasi dalam proses membuat keputusan dalam syarikat 
  • Budaya mentor-mentee di kalangan pekerja baru dan pekerja lama 

3. Tahu Keutamaan Dan Keperluan Perniagaan 

Setiap hari, usahawan akan berhadapan dengan situasi sukar yang memerlukan mereka membuat 1-2 keputusan perniagaan yang betul. 

Disebabkan itulah, usahawan perlu tahu keutamaan dan keperluan perniagaan. Dalam Maslow Hierarchy, telah diajar tentang keperluan :-

  • Psikologi 
  • Keselamatan 
  • Keluarga
  • Harga diri 
  • Potensi 
maslow hierarki perniagaan
Kredit : LinkedIn

Usahawan juga perlu belajar perbezaan dua komponen ini sebelum buat sebarang keputusan perniagaan 

  • Perkara yang bagus untuk dibuat 
  • Perkara yang penting untuk dibuat

4. Kekuatan Kewangan Yang Sihat 

Lejar penyata imbang syarikat merupakan indikator kepada tahap kesihatan kewangan sebuah syarikat. Semakin kurang kos operasi dan tinggi jumlah cash reserve, semakin jauh perniagaan itu boleh kekal dalam pasaran. 

Kekuatan kewangan penting dalam memastikan perniagaan itu mampu beroperasi dalam saat getir seperti wabak penyakit, perang, kegawatan ekonomi, bencana alam dan lain-lain. 

Cara membina kekuatan kewangan yang sihat adalah dengan mengurangkan hutang dan kos operasi dan meningkatkan tunai syarikat. 

Baca : Rupanya Untung Dalam Perniagaan Penting Kerana 5 Sebab Ini

5. Pekerja Yang Berkaliber & Berbakat

Seorang pekerja yang berkaliber dan berbakat adalah individu yang mempunyai skill sebagai manusia dan skill bekerja yang tinggi. 

Dan pekerja berkaliber dan berbakat bukan sahaja membawa skill mereka ke dalam syarikat, tetapi juga pengalaman mereka. 

Usahawan perlu menggajikan pekerja yang berkaliber dan berbakat, dengan cara ini barulah perniagaan itu akan maju ke hadapan. 

Jika usahawan menggajikan pekerja yang tidak mahir, usahawan perlu mengeluarkan kos, masa dan tenaga untuk membentuk pekerja itu. 

 

Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan 

usahawan perniagaan

Produk – Jual produk yang menyelesaikan masalah sebenar dihadapi masyarakat.

Pelanggan – Fokus pada satu atau dua golongan yang tepat berbanding menjual pada semua orang.

Pasaran – Cepat beradaptasi dan melihat trend terkini supaya perniagaan dapat berikan solusi tepat.

Pakej – Pakejkan produk atau servis untuk kurangkan pilihan pelangggan dan untuk capai untung lebih tinggi.

Usahawan – Perlu ada skill dan daya mental yang tinggi untuk berlawan dengan emosi dalam membuat keputusan.

Baca : 5 Kemahiran Dalam Perniagaan Usahawan Seperti Anda Perlu Ada

Kesimpulannya, ada banyak punca dan sebab perniagaan akan berjaya. Sebuah perniagaan boleh capai banyak kejayaan dengan syarat, usahawan itu tahu tips untuk berjaya dalam perniagaan.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *