Home » Produk » Apa Itu Modal Perniagaan? Ini Tips Untuk Perniagaan Modal Kecil
ringgit malaysia modal perniagaan

Apa Itu Modal Perniagaan? Ini Tips Untuk Perniagaan Modal Kecil

Modal perniagaan penting untuk mulakan apa jua bisnes dan setiap jenis perniagaan pelrukan modal untuk dimulakan. Perniagaan modal kecil boleh berikan anda tunai harian, tetapi anda mungkin perlukan pinjaman untuk mula perniagaan. 

Setiap bisnes perlukan modal hatta mobile data dan WiFi pun perlukan duit untuk anda langgan secara bulanan untuk buat bisnes online.

Masalah majoriti ramai solopreneur & usahawan adalah, mereka tiada modal permulaan perniagaan, sedangkan asas bisnes adalah modal. 

Sebelum anda berhasrat memulakan perniagaan, ketahui dulu jumlah modal permulaan perniagaan untuk 6 jenis perniagaan dan senarai pinjaman untuk perniagaan yang anda boleh cuba mohon. 

Baca : 5 Sebab Ini Jadikan Perniagaan Anda Berjaya Kurang 3 Tahun

Apa Itu Modal Perniagaan? 

Buat pengetahuan anda, modal perniagaan adalah wang yang ada untuk membayar kos operasi harian dan membiayai pertumbuhan perniagaan. 

Terdapat empat jenis modal perniagaan yang wujud iaitu :- 

  • Ekuiti 
  • Hutang 
  • Modal Kerja 
  • Modal Perdagangan

 

Kenapa Perniagaan Perlu Modal? 

modal perniagaan
Kredit : Majalah Labur

Secara logik, modal perniagaan digunakan oleh syarikat untuk membayar kos operasi menghasilkan produk atau servis dengan objektif mencapai keuntungan. 

Kebanyakan perniagaan menggunakan modal awal untuk melabur pada pekerja, premis perniagaan dan pemasaran sebelum mampu membuat jualan secara langsung dan capai keuntungan. 

Akan tetapi, tidak semua perniagaan perlukan modal yang besar. Untuk info, ada perniagaan yang menggunakan modal kecil seperti perniagaan dropship, servis, konsultan dan lain-lain. 

Bisnes yang menggunakan modal yang kecil lazimnya menggunakan masa dan tenaga yang lebih besar kerana mereka fokus pada penghasilan :- 

  • Produk digital 
  • Servis yang memerlukan kepakaran 
  • Idea & solusi untuk selesaikan masalah 

Jumlah modal permulaan perniagaan juga sangat bergantung kepada jenis perniagaan. Lain perniagaan, lain jumlah modal perniagaan yang diperlukan. 

 

Anggaran Jumlah Modal Permulaan Perniagaan 

a. Dropship 

Modal serendah RM100 sehingga RM1,100 untuk membayar langganan internet dan membeli smartphone terkini yang canggih. 

b. Servis 

Modal serendah RM2,000 untuk buat iklan di Facebook, Instagram, TikTok atau Google. Dicampur dengan kos untuk langganan internet dan software bergantung kepada jenis servis yang ditawarkan. 

c. Francais

Modal bermula RM300,000 sehingga RM2 juta untuk membuka sebuah premis francais bergantung kepada jenis perniagaan samada servis, F&B, pakaian dan sebagainya. 

d. Perladangan 

Modal bermula RM20,000 untuk membeli haiwan dari baka yang baik, makanan dan minuman haiwan dan sewa tanah untuk dijadikan ladang. 

e. Pengangkutan 

Modal bermula RM1,500 untuk membayar ansuran bulanan kenderaan dan bayaran untuk kos-kos lain seperti cukai jalan, insurans dan servis kenderaan. 

f. Produk 

Modal bermula RM10,000 untuk menghasilkan produk pada jumlah minima dicampur dengan kos pengangkutan, packaging dan kos pengiklanan.

Nota : Semua jumlah modal permulaan perniagaan dinyatakan adalah anggaran kasar dan jumlah mungkin berubah dari semasa ke semasa.

 

Baca : 9+ Jenis Perniagaan & Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia

11 Pinjaman Untuk Mula Perniagaan 2022 – 2023. 

pinjaman perniagaan di maybank kaunter
Kredit : Majalah Labur

1. Pinjaman Perniagaan AIM 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah badan amanah persendirian yang membantu membiaya kegiatan ekonomi kecil-kecilan di Malaysia. 

Terdapat 6 jenis skim pembiayaan perniagaan yang AIM tawarkan dengan syarat gaji isi rumah tidak melebihi RM3,855 dan aset tidak melebihi RM50,000.

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

2. Pinjaman Perniagaan BSN 

Bank Simpanan Nasional (BSN) memberikan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro seperti peniaga dan penjaja dengan amaun pinjaman perniagaan maksimum RM75,000.

Tempoh pinjaman perniagaan adalah 12 bulan – 66 bulan dan peminjam hanya perlu buat bayaran balik selepas 6 bulan tempoh kelulusan pinjaman perniagaan. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

3. Pinjaman Perniagaan MARA 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi pembangunan sosio-ekonomi untuk Bumiputera dan terdapat 13 skim pinjaman perniagaan yang patuh syariah, mudah dan cepat. 

Setiap skim pinjaman memberikan faedah dan jumlah pinjaman perniagaan yang berbeza dan anda perlu mohon mengikut skim yang tepat dengan niche dan industri anda. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

4. Pinjaman Perniagaan PUNB 

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memberikan pinjaman perniagaan untuk Bumiputera dari RM100,000 – RM10 juta dengan tempoh bayaran balik selama 10 tahun. 

PUNB juga menyediakan program pembangunan korporat dan latihan untuk usahawan. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

5. Pinjaman Perniagaan TERAJU 

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) adalah unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi domestik dan global. 

Di bawah Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB), usahawan boleh memohon geran perniagaan sehinga RM500,00 untuk idea yang yang kreatif dan inovatif. 

Dana perniagaan dari TERAJU diuruskan oleh SME Bank, RHB Islamic, MIDF dan Maybank Islamic. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

6. Pinjaman Perniagaan SME Corp 

SME Corp merupakan agensi penyeleras di bawah MDEAC dengan fokus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah semua Kementerian. 

Anda boleh mohon bantuan kewangan berupa geran perniagaan atau skim pinjaman perniagaan dari SME Corp. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut.

7. Pinjaman Perniagaan Bank Islam 

Pinjaman perniagaan dari Bank Islam menerusi program Mikro BangKIT membantu perniagaan mikro mendapatkan pinjaman mampu milik untuk perbelanjaan modal perniagaan. 

Pinjaman perniagaan dari Bank Islam ini memberikan pinjaman :- 

  • RM500 – RM3,000 untuk perniagaan baharu 
  • RM3,000 – RM20,000  untuk pengembangan perniagaan

Tempoh bayaran balik pinjaman dari Bank Islam adalah di antara 6 bulan sehingga 36 bulan. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

8. Pinjaman Perniagaan Bank Rakyat 

Skim pinjaman perniagaan dari Bank Rakyat atau Mikro-i MUsk adalah untuk membantu penjaja dan peniaga kecil mengembangkan perniagaan mereka. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

9. Pinjaman Perniagaan Hijrah Selangor 

Hijrah Selangor adalah skim pinjaman perniagaan dari Kerajaan Negeri Selangor berasaskan mikro kredit dengan melaksanakan sistem mentoring pada usahawan. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

10. Pinjaman Perniagaan PEMULIH (PGGS) 

Skim pinjaman perniagaan PEMULIH (PGGS) adaha untuk memberi pinjaman perniagaan kepada PKS dan MSC dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM500 juta. 

Had pembiayaan pula berbeza di antara pembiayaan baharu dan pembiayaan sedia ada :- 

  • Sehingga RM20 juta untuk satu syarikat (pembiayaan baharu) 
  • Sehingga RM50 juta untuk pendedahan kumpulan (pembiayaan sedia ada) 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

11. Pinjaman Perniagaan TEKUN Nasional 

TEKUN Nasional merupakan agensi yang memberikan kemudahan pinjaman perniagaan kepada Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan dan ingin memajukan perniagaan. 

Terdapat 7 skim pinjaman perniagaan bermula RM10,000 sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik 5 tahun – 10 tahun. 

Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut. 

Sebagai kesimpulan, sememangnya memulakan perniagaan memerlukan seorang usahawan menyediakan modal perniagaan. Manakala pinjaman untuk mula perniagaan sebenarnya boleh didapati dari lebih dari 10+ agensi yang dinyatakan di atas. Anda juga boleh cuba mohon pinjaman perniagaan modal kecil serendah RM500. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *