Home » Kajian Kes » 9 Dari 10 Usahawan Berjaya Ada Semua Ciri-Ciri Ini
ciri ciri usahawan berjaya malaysia yezza

9 Dari 10 Usahawan Berjaya Ada Semua Ciri-Ciri Ini

Jika anda sedang membaca artikel ini, ketahuilah anda berkemungkinan besar seorang usahawan. Terdapat pelbagai jenis usahawan di dunia ini, ada yang dibentuk dan dididik untuk menjadi usahawan, ada yang secara alami dilahirkan untuk menjadi usahawan dan ada juga individu yang menjadi usahawan atas faktor peribadi. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan 8 ciri-ciri usahawan yang berjaya hasil dari pengalaman penulis dan kajian lapangan yang dilakukan terhadap beberapa orang usahawan yang berjaya di Malaysia.

“Satu fakta yang menarik adalah, ramai orang yang cuba menjadi usahawan tetapi gagal untuk tempoh 3 tahun pertama dalam membangunkan bisnes.”

Jika anda benar-benar serius untuk menjadi usahawan yang baik, baca artikel ini sampai habis supaya anda tahu dan mengambil langkah proaktif dengan cuba menanamkan salah satu dari ciri-ciri usahawan yang berjaya dalam tulisan ini. 

 

Apa Itu Usahawan?

nadiem makarim usahawan berjaya
Kredit : Gov Insider

Usahawan adalah individu yang membangunkan sebuah perniagaan atau bisnes dan sanggup menghadapi risiko dan ketidakpastian dalam pasaran demi mencapai keuntungan semaksimum mungkin.

Proses membangunkan sebuah bisnes dikenali sebagai keusahawanan dan lazimnya, seorang usahawan adalah pencetus, pemula idea dan penjual yang menjual produk atau servis yang diperlukan masyarakat. 

Lazimnya, usahawan itu tidak ramai jumlahnya di sesebuah negara dan mereka perlu mempunyai pengetahuan yang baik terhadap operasi, pemasaran dan kewangan untuk menjalankan perniagaan. 

 

Baca : 11 Cabaran Dalam Perniagaan Yang Dihadapi Semua Bisnes

 

8 Ciri-Ciri Usahawan Yang Berjaya

kapten usahawan berjaya malaysia
Kredit : Radzi Tajuddin

1. Seorang Pekerja Yang Baik

Majoriti usahawan yang berjaya sebenarnya bermula dari bawah dengan menjadi pekerja kepada usahawan lain.

Tidak ramai usahawan yang terus menjadi usahawan dengan melangkaui proses menjadi pekerja terlebih dahulu.

Usahawan yang berjaya lazimnya adalah seorang pekerja yang baik, setia kepada majikan dan mempunyai kadar produktiviti yang tinggi sewaktu menjadi pekerja. 

Proses menjadi pekerja itu telah mematangkan mereka dalam membuat menganalisa data dan membuat keputusan yang bakal memberi impak kepada perniagaan. Pekerja yang baik yang akhirnya menjadi usahawan mempunyai ciri-ciri ini :- 

  • Empati yang tinggi terhadap orang lain 
  • Boleh kawal diri pada waktu senang dan waktu sukar 
  • Mampu memotivasikan diri tanpa perlu motivasi luaran 
  • Kebolehan untuk menjadi aspirasi dan memberi inspirasi 
  • Kemampuan memberi dan menerima pendapat yang jujur

 

2. Gajikan Pekerja Yang Bagus

Untuk sebuah perniagaan berkembang dan maju, usahawan perlu mengambil langkah bijak dan berani dengan menggajikan pekerja yang lebih tinggi pengetahuan daripada usahawan itu.

Sekiranya usahawan itu menggajikan pekerja yang sama tahap atau lebih bawah darinya, bisnes tidak akan berkembang maju, bahkan boleh gulung tikar.

Pekerja yang bagus mempunyai sistem kerja, buah fikiran dan pengalaman yang luas dan semua elemen ini sangat diperlukan usahawan untuk kembangkan perniagaan mereka.

Akan tetapi, kos untuk menggajikan pekerja yang bagus sebenarnya tidak murah dan ini merupakan cabaran dan dilema yang seringkali dihadapi semua usahawan di antara kewangan syarikat dan memajukan perniagaan. 

3. Tidak Menunggu Bantuan Dari Kerajaan

Usahawan yang berjaya biasanya bukanlah orang yang mengharap dan menunggu bantuan tambahan dari Kerajaan untuk membantu perniagaan mereka dalam menghadapi masalah.

Usahawan yang sebenar akan tetap teguh dan berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari solusi yang rendah risiko untuk memajukan atau menyelamatkan perniagaan mereka. 

Malangnya, di Malaysia kita mempunyai ramai usahawan yang mengharapkan geran Kerajaan  atau lebih dikenali dengan istilah ‘grantpreneur’ yang bukan sahaja berharap dan menunggu bantuan Kerajaan.

Golongan ini malahan membuka sebuah perniagaan untuk menggunakan dana yang sepatutnya digunakan untuk inovasi dan memajukan masyarakat Malaysia. 

4. Sentiasa Belajar Ilmu Bisnes Dari Orang Lain

Usahawan sejati tidak akan pernah merasa malu,hina atau maruah mereka tercalar untuk belajar dengan orang lain, hatta dengan pelajar sekolah rendah yang berjaya menjual cookies dalam balang di Instagram dan mengumpul order pelanggan di WhatsApp. Setiap ilmu adalah bermakna dan setiap pengalaman adalah tidak ternilai.

Usahawan sejati akan merendahkan ego mereka untuk belajar dari siapapun dengan objektif memajukan diri mereka dan perniagaan.

Perkara ini sebenarnya, tidaklah terlalu mengejutkan kerana individu yang mampu memotivasikan diri sendiri tanpa perlu motivasi luaran kebiasaannya mampu mengesan aura positif pada individu lain.

5. Tak Mudah Hilang Fokus Dengan Bisnes Lain

Usahawan sebenar mempunyai kadar produktiviti yang tinggi berbanding golongan pekerja. Usahawan bekerja sekitar 12 jam – 18 jam sehari pada fasa awal perniagaan mereka kerana mereka mempunyai objektif dan sasaran perniagaan yang jelas.

Berbeza dengan golongan pekerja yang hanya perlu bekerja 4 jam – 8 jam sehari dengan objektif menyelesaikan tugasan harian. 

Usahawan yang baik dan ada ciri-ciri usahawan yang berjaya juga tidak mudah dan sukar untuk dipengaruhi dengan elemen luaran seperti gosip artis, sosial media dan hiburan yang sia-sia seperti program realiti TV.

Mereka terlalu sibuk dan fokus untuk kembangkan perniagaan dan capai sasaran jualan setiap bulan. 

6. Rekodkan Duit Keluar Masuk Seawal Mungkin

Kesilapan ramai peniaga online, solopreneur dan usahawan adalah, mereka tidak rekodkan aliran tunai duit keluar dan masuk setiap hari.

Faktor utamanya, kurang kesedaran terhadap pengurusan kewangan bisnes dan mereka terlalu sibuk dengan urusan marketing dan sales.

Motivasi mereka setiap hari adalah untuk capai sebanyak mungkin sales setiap hari. 

Manakala usahawan yang berjaya, mereka rekodkan semua urusan duit keluar dan masuk semenjak hari pertama lagi kerana mereka sedar, dua tahun – tiga tahun dari itu, mereka perlu membayar cukai pada LHDN, membuat pinjaman bank untuk kembangkan bisnes atau membeli rumah. 

Bank secara praktikal akan memerlukan rekod bank sepanjang dua tahun – tiga tahun perniagaan itu.

Maka, usahawan yang tidak rekodkan aliran tunai duit keluar masuk terpaksa bermula dari awal dan mencari ejen cukai yang mampu selesaikan masalah mereka pada harga yang mahal. 

7. Empati Yang Tinggi Pada Pekerja Dan Pelanggan

Disebabkan usahawan yang baik bermula dengan menjadi pekerja bawahan terlebih dahulu, mereka faham akan proses dan kesukaran yang dihadapi golongan pekerja dan pelanggan mereka.

Disebabkan itu, usahawan jenis ini mempunyai empati yang tinggi terhadap pekerja mereka dengan memberi kolonggaran untuk bekerja dari rumah atau memohon bayaran gaji pendahuluan untuk pekerja yang memerlukan tunai. 

Untuk pelanggan pula, usahawan yang faham kesusahan yang dihadapi pelanggan akan sentiasa berinovasi dengan produk sedia ada untuk menyelesaikan masalah pelanggan dan faham secara detail tentang sikap dan tingkah laku pelanggan itu dan menggunakan pengetahuan itu untuk menawarkan produk atau servis yang lebih baik. 

Baca : 9+ Nasihat Cara Mula Berniaga Dari Otai Bisnes

8. Sentiasa Usaha Untuk Lajukan Proses Dalam Bisnes

Untuk lajukan proses dalam bisnes, usahawan perlu meletakkan diri mereka di semua proses yang dilalui pekerja dan pelanggan mereka.

Dengan cara ini, usahawan tersebut dapat mengenal pasti bahagian yang menyebabkan proses bisnes itu menjadi kurang efisien.

Dengan cara ini, usahawan mampu mengeluarkan solusi yang lebih proaktif supaya semua proses dalam bisnes mampu menjadi lebih laju.

Hal ini kerana, semakin laju proses dalam bisnes, semakin cepat bisnes mendapat sales dan seterusnya keuntungan.

Usahawan juga tidak takut untuk laburkan modal pada infrastruktur, pekerja yang berbakat dan mesin sekiranya itu adalah solusi terbaik yang akan melajukan proses dalam bisnes mereka. 

Kesimpulannya, semua ciri-ciri usahawan yang berjaya di atas bukanlah elemen yang baru dan terlalu bijak. Sebaliknya, semua ciri-ciri di atas adalah hasil daripada latihan, pengalaman dan kemampuan usahawan kekal fokus pada objektif perniagaan mereka. Sekiranya anda seorang usahawan atau bakal usahawan, latih diri anda untuk ada semua ciri-ciri usahawan berjaya seperti yang dikongsikan di atas. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *